Kebenaran itu bersama ‘Ammar selagi mana dia tidak dikuasai oleh hilang akal kerana tua

TEKS BAHASA ARAB

الحق مع عمار ما لم يغلب عليه دلهة الكبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebenaran itu bersama ‘Ammār selagi mana dia tidak dikuasai oleh hilang akal kerana tua.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1819, hadis nombor 9170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الحق مع عمار ما لم يغلب عليه دلهة الكبر)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، عق، ((الضعيفة)) (2725)]

(Munkar) Daripada Sa‘d bin Abī Waqqāṣ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kebenaran itu bersama ‘Ammār selagi mana dia tidak dikuasai oleh hilang akal kerana tua. [Riwayat Abū al-Syaikh dalam al-Ṭabaqāt, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2725]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs