Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحَقُّ مَعَ عمارٍ ما لَمْ يَغلِبْ عليه دَلْهةُ الكِبَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Kebenaran itu bersama ‘Ammār selagi mana dia tidak dikuasai oleh hilang akal kerana tua.
Sahabat Perawi
- Saad bin Abi Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1819, hadis no. 9170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الحق مع عمار ما لم يغلب عليه دلهة الكبر)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، عق، ((الضعيفة)) (2725)]
(Munkar) Daripada Sa‘d bin Abī Waqqāṣ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kebenaran itu bersama ‘Ammār selagi mana dia tidak dikuasai oleh hilang akal kerana tua. [Riwayat Abū al-Syaikh dalam al-Ṭabaqāt, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2725]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman