Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kebanyakan orang munafik umat ini adalah para qari

Teks Bahasa Arab

حديث: أَكْثَرُ مُنَافِقِي هَذِهِ الأُمَّةِ قُرَّاؤُهَا.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Kebanyakan orang munafik umat ini adalah para qari.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. ‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimi al-Yamānī (m.1386)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 288, hadis no. 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أحمد والطبراني وفي الحاشية: بأسانيده في كل منها مقال.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tabarani. Dalam hasyiah disebutkan dengan sanad-sanad yang semuanya bermasalah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.