Kebanyakan ahli syurga ialah orang yang leka (daripada maksiat)

TEKS BAHASA ARAB

أكثر أهل الجنة البله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebanyakan ahli syurga ialah orang yang leka (daripada maksiat).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1921 hadis nombor 9645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه، قال قال رسول الله ﷺ: أكثر أهل الجنة البله.
[الطحاوي في ((مشكل الآثار))، البزار، عد، هب، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ابن عساكر، هق، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6154]

(Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kebanyakan ahli syurga ialah orang yang leka (daripada maksiat).
[Riwayat al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, al-Bazzar, al-Kamil dalam al-Dhu’afa’, al-Baihaqi dalam al-Syu’ab, Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahi, Ibn Asakir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Zahabi dalam al-Sayr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6154]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs