Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكثرُ أهلِ الجنةِ البُلْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Kebanyakan ahli syurga ialah orang yang leka (daripada maksiat).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1921, hadis no. 9645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه، قال قال رسول الله ﷺ: أكثر أهل الجنة البله. [الطحاوي في ((مشكل الآثار))، البزار، عد، هب، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ابن عساكر، هق، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6154]
(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kebanyakan ahli syurga ialah orang yang leka (daripada maksiat). [Riwayat al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, al-Bazzar, al-Kamil dalam al-Dhu’afa’, al-Baihaqi dalam al-Syu’ab, Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahi, Ibn Asakir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Zahabi dalam al-Sayr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6154]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman