Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kebanyakan ahli syurga adalah orang-orang yang bodoh

Teks Bahasa Arab

أكثرُ أهلِ الجنةِ ‌البُلْهُ.

Teks Bahasa Melayu

Kebanyakan ahli syurga adalah orang-orang yang bodoh.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 686, hadis no. 3527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أكثر أهل الجنة ‌البله)). [الطحاوي في ((مشكل الآثر))، البزار، عد، هب، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، هق، ابن عساكر، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6154)]

(Lemah) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kebanyakan ahli syurga adalah orang-orang yang bodoh.” [Riwayat al-Tahawi dalam Musykil al-Athar, al-Bazzar dalam Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6154]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.