Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثَرُ أَهْلِ الْجَنَّةِ البُلْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Kebanyakan ahli syurga adalah orang gila.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 57, hadis no. 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam keadaan dia menda'ifkannya. Al-Qurtubi pula meriwayatkannya dalam keadaan dia mensahihkannya. Diriwayatkan juga dengan tambahan: “Dan syurga itu untuk orang-orang berakal.” Tiada asalnya. Al-Bulhu adalah kata plural bagi Ablah iaitu orang yang tidak melakukan kejahatan dan menyukai kebaikan. Sahl al-Tustari pula menafsirkan ia sebagai orang yang hati mereka sibuk dengan Allah. Dikatakan juga dia adalah bodoh dalam urusan dunianya dan faqih dalam urusan agamanya dan di dalam kitab al-Maqasid: Bodoh iaitu dalam urusan keduniaan.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman