TEKS BAHASA ARAB
يبعث الله الحجر الأسود والركن اليماني يوم القيامة ولهما عينان ولسانان وشفتان يشهدان لمن استلمهما بالوفاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah SWT akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani (sudut Ka’abah) pada hari kiamat dan menjadikan kedua-duanya mempunyai dua mata, dua lidah dan dua bibir yang bersaksi kepada sesiapa yang menyentuh kedua-duanya dengan kesempurnaan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 707, hadis nombor 3617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: (الركن اليماني))
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: يبعث الله الحجر الأسود والركن اليماني يوم القيامة ولهما عينان ولسانان وشفتان يشهدان لمن استلمهما بالوفاء.
[طب، الضعيفة (6638)].
(Munkar dengan perkataan: al-Rukun Yamani):
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Baginda SAW bersabda: Allah SWT akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani (sudut Ka’abah) pada hari kiamat dan menjadikan kedua-duanya mempunyai dua mata, dua lidah dan dua bibir yang bersaksi kepada sesiapa yang menyentuh kedua-duanya dengan kesempurnaan.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6638].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.