TEKS BAHASA ARAB
المعروف باب من أبواب الجنة، وهو يدفع مصارع السوء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kebajikan itu adalah satu pintu daripada pintu-pintu syurga, dan ia menghalang jalan-jalan kejahatan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis nombor 431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: المعروف باب من أبواب الجنة، وهو يدفع مصارع السوء.
[أبو الشيخ في ((الثواب))، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (4680)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kebajikan itu adalah satu pintu daripada pintu-pintu syurga, dan ia menghalang jalan-jalan kejahatan.
[Riwayat Abū al-Syeikh dalam Al-Tsawāb dan Ibn Abū Hātim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4680]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.