Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المعروفُ بابٌ من أبوابِ الجنةِ، وهو يَدفعُ مَصارعَ السُّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Kebajikan itu adalah satu pintu daripada pintu-pintu syurga, dan ia menghalang jalan-jalan kejahatan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis no. 431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: المعروف باب من أبواب الجنة، وهو يدفع مصارع السوء. [أبو الشيخ في ((الثواب))، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (4680)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kebajikan itu adalah satu pintu daripada pintu-pintu syurga, dan ia menghalang jalan-jalan kejahatan. [Riwayat Abū al-Syeikh dalam Al-Tsawāb dan Ibn Abū Hātim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4680]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman