Kebaikan yang sempurna itu apabila kamu melakukan dalam sembunyi amalan (yang sama) kamu lakukan secara terang-terangan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تمام البر أن تعمل في السر عملك في العلانية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebaikan yang sempurna itu apabila kamu melakukan dalam sembunyi amalan (yang sama) kamu lakukan secara terang-terangan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 470, hadis nombor 2521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري – رضي الله عنه -، قال: قلت يا رسول الله! ما تمام البر؟ قال: «أن تعمل في السر عملك في العلانية». [طب، «الضعيفة» (3414)].

(Lemah) Daripada Abū Mālik al-Ash‘arī RA, beliau berkata: Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu kebaikan yang sempurna?" Baginda bersabda: "Kebaikan yang sempurna itu apabila kamu melakukan dalam sembunyi amalan (yang sama) kamu lakukan secara terang-terangan". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3414].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.