Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kebaikan yang sempurna itu apabila kamu melakukan dalam sembunyi amalan (yang sama) kamu lakukan secara terang-terangan

Teks Bahasa Arab

تمامُ البِرِّ أن تعملَ في السِّرِّ عملَك في العلانيةِ.

Teks Bahasa Melayu

Kebaikan yang sempurna itu apabila kamu melakukan dalam sembunyi amalan (yang sama) kamu lakukan secara terang-terangan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Malik al-Ash‘ari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 470, hadis no. 2521.

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري - رضي الله عنه -، قال: قلت يا رسول الله! ما تمام البر؟ قال: «أن تعمل في السر عملك في العلانية». [طب، «الضعيفة» (3414)].

(Lemah) Daripada Abū Mālik al-Ash‘arī RA, beliau berkata: Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu kebaikan yang sempurna?" Baginda bersabda: "Kebaikan yang sempurna itu apabila kamu melakukan dalam sembunyi amalan (yang sama) kamu lakukan secara terang-terangan". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3414].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.