Kebaikan yang disediakan oleh seorang wanita

TEKS BAHASA ARAB

خير ما أعدت المرأة: الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebaikan yang disediakan oleh seorang wanita: Mentaati suami dan mengiktiraf haknya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis nombor 573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: إن امرأة قالت: يا رسول الله! ما خير ما أعدت المرأة؟ قال: خير ما أعدت المرأة: الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه.
[طب، ابن عبدالبر، ((الضعيفة)) (5628)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Sesungguhya seorang wanita telah bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kebaikan yang disediakan oleh seorang wanita? Baginda SAW bersabda: Kebaikan yang disediakan oleh seorang wanita: Mentaati suami dan mengiktiraf haknya.
[Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5628]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs