Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرُ ما أَعَدَّتِ المرأةُ: الطاعةُ للزَّوْجِ، والاعترافُ بحقّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Kebaikan yang disediakan oleh seorang wanita: Mentaati suami dan mengiktiraf haknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis no. 573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: إن امرأة قالت: يا رسول الله! ما خير ما أعدت المرأة؟ قال: خير ما أعدت المرأة: الطاعة للزوج، والاعتراف بحقه. [طب، ابن عبدالبر، ((الضعيفة)) (5628)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Sesungguhya seorang wanita telah bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kebaikan yang disediakan untuk seorang wanita? Baginda SAW bersabda: "Mentaati suami dan mengiktiraf haknya." [Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5628]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman