Lemah

30/06/2024

4 minit bacaan



Kebaikan tidak akan binasa, dosa tidak akan dilupakan

Teks Bahasa Arab

البِرُّ لا يَبْلَى، والإثمُ لا يُنْسَى، والدَّيَّانُ لا ينامُ، فكن كما شِئْتَ، كما تَدِينُ تُدَانُ.

Teks Bahasa Melayu

Kebaikan tidak akan binasa, dosa tidak akan dilupakan, Yang Menghukum tidak akan tidur, maka jadilah sebagaimana yang engkau kehendaki, sebagaimana engkau menghukum engkau akan dihukum.

Sahabat Perawi

  1. Abu Qilabah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis no. 9928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي قلابة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((البر لا يبلى، والإثم لا ينسى، والديان لا ينام، فكن كما شئت، كما تدين تدان)). [البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ابن الجوزي في ((ذم الهوى))، ((الضعيفة)) (1576)]

(Lemah) Daripada Abū Qilābah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kebaikan tidak akan binasa, dosa tidak akan dilupakan, Yang Menghukum tidak akan tidur, maka jadilah sebagaimana yang engkau kehendaki, sebagaimana engkau menghukum engkau akan dihukum. [Riwayat al-Baihaqī dalam al-Asmā’ wa al-Ṣifāt, Ibn al-Jauzī dalam Dham al-Hawā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1576]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.