Kebaikan pada doa yang diajar oleh baginda SAW

TEKS BAHASA ARAB

قل: اللهم اعف عني، فإنك عفو تحب العفو، وأنت عفو كريم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapkanlah: Ya Allah! Maafkanlah aku kerana sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Pemaaf dan sukakan kemaafan dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1432, hadis nombor 7277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابي سعيد رضي الله عنه، قال: جاء شاب إلى رسول الله ﷺ، فقال: يا رسول الله! علمني دعاء أصيب به خيرا. قال: ادنه، فدنا حتى كادت ركبته تمس ركبة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: قل: اللهم اعف عني، فإنك عفو تحب العفو، وأنت عفو كريم.
[ع، عد، طس، ((الضعيفة)) (2049)]

(Sangat lemah)
Daripada Abi Sa’id RA, katanya: Seorang pemuda telah datang kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku satu doa yang aku boleh mendapatkan kebaikan kerana doa tersebut. Baginda bersabda: Kemari. Lelaki itu pun mendekati Baginda hingga hampir-hampir lututnya menyentuh lutut Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda: Ucapkanlah: Ya Allah! Maafkanlah aku kerana sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Pemaaf dan sukakan kemaafan dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2049]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs