TEKS BAHASA ARAB
حسنات الأبرار سيئات المقربين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kebaikan orang-orang abrar (orang banyak melakukan kebaikan) adalah keburukan orang-orang muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah SWT).
STATUS
Batil, tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 446, hadis nombor 2379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له): ((حسنات الأبرار سيئات المقربين)). [ ((الضعيفة)) (100)].
(Batil, tiada asalnya)
“Kebaikan orang-orang abrar (orang banyak melakukan kebaikan) adalah keburukan orang-orang muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah SWT).”
[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 100].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.