Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَيْرٌ خَيْرٌ عِنْدَ سَمَاعِ نَعِيقِ الْغُرَابِ وَنَحْوِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Kebaikan muncul ketika mendengar suara burung gagak dan seumpamanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 37, hadis no. 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia salah satu jenis kepercayaan tiyarah (sial atau beruntung kerana sesuatu sebab). Ada diriwayatkan daripada 'Ikrimah, katanya: Pernah kami duduk bersama Ibn 'Umar, di sisi Ibn 'Umar* adalah Ibn 'Abbas RA, tiba-tiba seekor gagak pun melintasi sambil membunyikan suara. Lalu seseorang berkata: "Kebaikan-kebaikan", lantas Ibn 'Abbas menjawab: "Tidak ada kebaikan dan tidak ada juga keburukan". *Dalam kitab asal menyebutkan "Ibn 'Arafah", sebetulnya "di sisi Ibn 'Umar". Lihat al-Maqasid pada nombor 457.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman