Lemah secara keseluruhannya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخَيلُ في نَواصيها الخَيرُ مَعقودًا أبَدًا إلى يَومِ القيامةِ، فمَنِ ارتَبَطَها عُدَّةً في سَبيلِ اللهِ، وأنفَقَ عليها احتِسابًا في سَبيلِ اللهِ؛ فإنَّ شِبَعَها وجُوعَها ورِيَّها وظَمَأها وأرْواثَها وأبوالَها فَلاحٌ في مَوازينِه يَومَ القيامةِ، ومَن رَبَطَها رِياءً وسُمعةً وفَرَحًا ومَرَحًا؛ فإنَّ شِبَعَها وجُوعَها ورِيَّها وظَمَأها وأرْواثَها وأبوالَها خُسرانٌ في مَوازينِه يَومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kebaikan itu sentiasa menempel pada dahi-dahi kuda selama-lamanya sehingga hari kiamat. Sesiapa yang memeliharanya sebagai persediaan (untuk peperangan) di jalan Allah, serta membiaya segala keperluannya seraya mengharapkan ganjaran (berjuang) di jalan Allah; maka sesungguhnya kekenyangan kuda tersebut jua kelaparannya, kelegaan kuda tersebut jua kehausannya, tinjanya jua air kencingnya, bakal menjadi pencapaian terbaik dan menguntungkan di atas timbangan amal tuannya di hari kiamat kelak. Sesiapa yang memeliharanya untuk menunjuk-nunjuk dan mengharapkan pujian manusia semata, untuk berseronok dan bersenang-lenang semata-mata; maka sesungguhnya kekenyangan kuda tersebut jua kelaparannya, kelegaan kuda tersebut jua kehausannya, tinja dan air kencingnya bakal menjadi kerugian (dosa) di atas timbangan amal tuannya di hari kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Asmaa binti Yazid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah secara keseluruhannya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1032, hadis no. 5291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام) عن أسماء بنت يزيد - رضي الله عنها -: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((الخيل في نواصيها الخير معقودا أبدا إلى يوم القيامة. فمن ارتبطها عدة في سبيل الله، وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله، فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة. ومن ربطها رياء وسمعة، وفرحا ومرحا، فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة. [حم، ((الضعيفة)) (6836)].
(Lemah Secara Keseluruhannya) Daripada Asma’ binti Yazid RA (beliau) berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kebaikan itu sentiasa menempel pada dahi-dahi kuda selama-lamanya sehingga hari kiamat. Sesiapa yang memeliharanya sebagai persediaan (untuk peperangan) di jalan Allah, serta membiaya segala keperluannya seraya mengharapkan ganjaran (berjuang) di jalan Allah; maka sesungguhnya kekenyangan kuda tersebut jua kelaparannya, kelegaan kuda tersebut jua kehausannya, tinjanya jua air kencingnya, bakal menjadi pencapaian terbaik dan menguntungkan di atas timbangan amal tuannya di hari kiamat kelak. Sesiapa yang memeliharanya untuk menunjuk-nunjuk dan mengharapkan pujian manusia semata, untuk berseronok dan bersenang-lenang semata-mata; maka sesungguhnya kekenyangan kuda tersebut jua kelaparannya, kelegaan kuda tersebut jua kehausannya, tinja dan air kencingnya bakal menjadi kerugian (dosa) di atas timbangan amal tuannya di hari kiamat kelak.” [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6836].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman