Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Kebaikan di sisi golongan al-Abrar dianggap sebagai satu keburukan bagi golongan al-Muqarrabin

Teks Bahasa Arab

حَسَنَاتُ الأَبْرَارِ سَيِّئَاتُ الْمُقَرَّبِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Apa yang dianggap baik oleh orang-orang baik (Al-Abrar) dianggap sebagai satu keburukan/kejahatan oleh orang-orang yang hampir kepada Allah Ta'ala (Al-Muqarrabin).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 94, hadis no. 111. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من كلام أبي سعيد الخراز.

Ia adalah kata-kata Abu Said al-Kharraz.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.