Kebaikan adalah banyak, namun sedikit orang yang melakukannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الخير كثير، وقليل فاعله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebaikan adalah banyak, namun sedikit orang yang melakukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1984, hadis nombor 9931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((الخير كثير، وقليل فاعله)).
[ابن أبي عاصم، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، خط، هب، ((الضعيفة)) (1536)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Kebaikan adalah banyak, namun sedikit orang yang melakukannya.
[Riwayat Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah, al-Mukhalliṣ dalam al-Fawā‘id al-Muntaqāh, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1536]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.