Kebaikan ada sepuluh, sembilan di Syam dan satu di negeri yang lain. Keburukan ada sepuluh, satu di Syam dan sembilan di negeri yang lain.

TEKS BAHASA ARAB

الخير عشرة أعشار، تسعة بالشام، وواحد في سائر البلدان. والشر عشرة أعشار، واحد بالشام، وتسعة في سائر البلدان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebaikan ada sepuluh. Sembilan di Syam dan satu di negeri yang lain. Keburukan ada sepuluh. Satu di Syam dan Sembilan di negeri yang lain.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1929, hadis nombor 9682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: الْخَيْرُ عَشَرَةُ أَعْشَارٍ، تِسْعَةٌ بِالشَّامِ، وواحدٌ فِي سَائِرِ البُلدانِ. وَالشَّرُّ عَشَرَةُ أَعْشَارٍ، واحدٌ بِالشَّامِ، وَتِسْعَةٌ فِي سَائِرِ البُلدانِ. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6385)]

(Munkar) Daripada Abdullah Bin Amru RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kebaikan ada sepuluh, sembilan di Syam dan satu di negeri yang lain. Keburukan ada sepuluh. satu di Syam dan sembilan di negeri yang lain. [Riwayat Ibnu al-Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6385]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs