Keampunan Allah itu lebih banyak

TEKS BAHASA ARAB

عفو الله أكثر من ذنوبك يا حبيب بن الحارث!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keampunan Allah itu lebih banyak berbanding dosa-dosa engkau, wahai Habib bin al-Harith.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis nombor 7463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: جاء حبيب بن الحارث إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله! إني رجل مقراف للذنوب؟ قال: ((فتب إلى الله يا حبيب))! قال: يا رسول الله! إني أتوب ثم أعود! قال: ((فكلما أذنبت فتب)). قال: يا رسول الله! إذن؛ تكثر ذنوبي! قال: ((عفو الله أكثر من ذنوبك يا حبيب بن الحارث!)). [طس، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))،((الضعيفة))(3867)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, berkata: Habib bin al-Harith telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah banyak melakukan dosa. Baginda pun bersabda: Bertaubatlah kepada Allah, wahai Habib! Habib berkata lagi: Wahai Rasulullah! Aku bertaubat kemudian aku mengulanginya lagi. Baginda bersabda: Setiap kali kamu berdosa, maka bertaubatlah. Habib berkata: Wahai Rasulullah! Jika begitu, maka makin banyaklah dosa-dosa aku. Baginda bersabda: Keampunan Allah itu lebih banyak berbanding dosa-dosa engkau, wahai Habib bin al-Harith.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Abu Nu'aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3867]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs