Keamanan untuk penduduk bumi dari dari tenggelam

TEKS BAHASA ARAB

أمان لأهل الأرض من الغرق القوس ، وأمان لأهل الأرض من الاختلاف الموالاة لقريش ، قريش أهل الله فإذا خالفتها قبيلة من العرب صاروا حزب إبليس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keamanan untuk penduduk bumi dari tenggelam adalah munculnya pelangi, keamanan untuk penduduk bumi dari perselisihan golongan yang setia kepada orang Quraisy. Orang-orang Quraisy itu ahli Allah. Jika mana-mana kabilah berselisih dengannya, mereka telah menjadi pasukan syaitan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1785, hadis nombor 8986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعاً: «أمان لأهل الأرض من الغرق القوس، وأمان لأهل الأرض من الاختلاف الموالاة لقريش، قريش أهل الله، فإذا خالفتها قبيلة من العرب صاروا حزب إبليس»، [ابن حبان في الضعفاء، تمام، ابن عساكر، ك، طب، العراقي في محجة القرب، الضعيفة (683)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: “Keamanan untuk penduduk bumi dari tenggelam adalah munculnya pelangi, keamanan untuk penduduk bumi dari perselisihan golongan yang setia kepada orang Quraisy. Orang-orang Quraisy itu ahli Allah. Jika mana-mana kabilah berselisih dengannya, mereka telah menjadi pasukan syaitan.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Tammam, Ibn ‘Asakir, al-Hakim, al-Tabarani dalam al-al-Mu’jam al-Kabir dan al-‘Iraqi dalam Mahajjah al-Qurb. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 683]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs