Keamanan dan kesihatan itu ialah dua perkara yang selalu disia-siakan oleh ramai manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الأمن والعافية مغبون فيهما كثير من الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keamanan dan kesihatan itu ialah dua perkara yang selalu disia-siakan oleh ramai manusia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 467, hadis nombor 2504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «الأمن والعافية مغبون فيهما كثير من الناس». [طب، عد، «الضعيفة» (3380)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Keamanan dan kesihatan itu ialah dua perkara yang selalu disia-siakan oleh ramai manusia". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3380].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.