Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Keamanan dan kesihatan itu ialah dua perkara yang selalu disia-siakan oleh ramai manusia

Teks Bahasa Arab

الأمنُ والعافيةُ مغبونٌ فيهما كثيرٌ منَ الناسِ.

Teks Bahasa Melayu

Keamanan dan kesihatan itu ialah dua perkara yang selalu disia-siakan oleh ramai manusia.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 467, hadis no. 2504.

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «الأمن والعافية مغبون فيهما كثير من الناس». [طب، عد، «الضعيفة» (3380)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Keamanan dan kesihatan itu ialah dua perkara yang selalu disia-siakan oleh ramai manusia". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3380].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.