Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Keamanan dan kesihatan adalah dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia

Teks Bahasa Arab

الأمنُ والعافيةُ مغبونٌ فيهما كثيرٌ منَ الناسِ.

Teks Bahasa Melayu

Keamanan dan kesihatan adalah dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 612, hadis no. 3184. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنه - مرفوعاً: ‌((الأمن ‌والعافية مغبون فيهما كثير من الناس)). [طب، عد، ((الضعيفة)) (3380)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Keamanan dan kesihatan adalah dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia.)) [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah,no. 3380].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.