Keadilan adalah suatu yang bagus, namun keadilan yang terdapat pada pemerintah adalah lebih bagus.

TEKS BAHASA ARAB

العدل حسن ولكن في الأمراء أحسن السخاء حسن ولكن في الأغنياء أحسن الورع حسن ولكن في العلماء أحسن الصبر حسن ولكن في الفقراء أحسن التوبة حسن ولكن في الشباب أحسن الحياء حسن ولكن في النساء أحسن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keadilan adalah suatu yang bagus, namun keadilan yang terdapat pada pemerintah adalah lebih bagus. Sikap pemurah adalah suatu yang bagus, namun sikap pemurah yang terdapat pada orang-orang kaya lagi bagus. Sikap warak adalah suatu yang bagus, namun sikap warak yang terdapat pada ulama adalah lebih bagus. Sabar adalah suatu yang bagus, namun sabar yang ada pada orang-orang fakir lebih bagus. Taubat adalah suatu yang bagus, namun taubat yang ada pada para pemuda adalah lebih bagus. Malu adalah suatu yang bagus, namun malu yang ada pada wanita lebih bagus.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 56, hadis nombor 308. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Benar itu adalah suatu yang bagus, namun benar dalam berbicara adalah lebih bagus, kerana hadith ini adalah suatu pendustaan atas nama Rasulullah SAW, ia bukan berasal daripada kalam baginda. Hadith tersebut telah dinisbahkan kepada al-Dailami daripada ‘Ali.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.