Keadaan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhamad SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليت شعري كيف أمتي بعدي حين تتبختر رجالهم، وتمرح نساؤهم، وليت شعري حين يصيرون صنفين: صنفاً ناصبي نحورهم في سبيل الله، وصنفاً عمالاً لغير الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Andai aku tahu, bagaimana umatku selepas kewafatanku ketika kaum lelaki mereka berjalan dengan sombong dan kaum wanita mereka pula berlagak. Andai aku tahu mereka akan berpecah kepada dua kelompok; Satu kelompok menyerahkan leher-leher mereka di jalan Allah dan satu kelompok lagi melakukan kerja-kerja yang tujuannya bukan kerana Allah Ta’ala.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1340, hadis nombor 6849. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ليت شعري كيف أمتي بعدي حين تتبختر رجالهم، وتمرح نساؤهم، وليت شعري حين يصيرون صنفين: صنفاً ناصبي نحورهم في سبيل الله، وصنفاً عمالاً لغير الله.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4368)]

(Sangat Lemah)
Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) berkata: Andai aku tahu, bagaimana umatku selepas kewafatanku ketika kaum lelaki mereka berjalan dengan sombong dan kaum wanita mereka pula berlagak. Andai aku tahu mereka akan berpecah kepada dua kelompok; Satu kelompok menyerahkan leher-leher mereka di jalan Allah dan satu kelompok lagi melakukan kerja-kerja yang tujuannya bukan kerana Allah Ta’ala.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4368]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.