Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليت شِعري كيف أُمتي بعدي حين تتبخترُ رجالهُم، وتمرحُ نساؤُهم، وليت شِعري حين يصيرونَ صنفَين: صنفًا ناصبي نحورِهم في سبيلِ اللهِ، وصنفًا عمالًا لغيرِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Andai aku tahu, bagaimana umatku selepas kewafatanku ketika kaum lelaki mereka berjalan dengan sombong dan kaum wanita mereka pula berlagak. Andai aku tahu mereka akan berpecah kepada dua kelompok; Satu kelompok menyerahkan leher-leher mereka di jalan Allah dan satu kelompok lagi melakukan kerja-kerja yang tujuannya bukan kerana Allah Ta'ala.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1340, hadis no. 6849. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ليت شعري كيف أمتي بعدي حين تتبختر رجالهم، وتمرح نساؤهم، وليت شعري حين يصيرون صنفين: صنفاً ناصبي نحورهم في سبيل الله، وصنفاً عمالاً لغير الله. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4368)]
(Sangat Lemah) Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) berkata: Andai aku tahu, bagaimana umatku selepas kewafatanku ketika kaum lelaki mereka berjalan dengan sombong dan kaum wanita mereka pula berlagak. Andai aku tahu mereka akan berpecah kepada dua kelompok; Satu kelompok menyerahkan leher-leher mereka di jalan Allah dan satu kelompok lagi melakukan kerja-kerja yang tujuannya bukan kerana Allah Ta'ala. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4368]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman