Keadaan tempat tidur Nabi Muhamad SAW

TEKS BAHASA ARAB

ردوه لحالته الأولى؛ فإنه منعتني وطاءته صلاتي الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kembalikan kepada keadaannya yang asal, keselesaannya telah menyebabkan aku terhalang daripada solat malam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 621, hadis nombor 3229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جعفر بن محمد عن أبيه – رضي الله عنه -، قال: سئلت عائشة: ما كان فراش رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في بيتك؟ قالت: من أدم حشوه من ليف. وسئلت حفصة: ما كان فراش رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في بيتك؟ قالت: مسحاً نثنيه ثنيتين فينام عليه. فلما كان ذات ليلة قلت: لو ثنيته أربع ثنيات لكان أوطأ له، فثنيناه له بأربع ثنيات. فلما أصبح قال: ((ما فرشتموا لي الليلة؟!)). قال: قلنا: هو فراشك؛ إلا أننا ثنيناه بأربع ثنيات؛ قلنا: هو أوطأ لك. قال: ((ردوه لحالته الأولى؛ فإنه منعتني وطاءته صلاتي الليلة)). [ت في ((الشمائل))، ((الضعيفة)) (4877)]

(Lemah)
Daripada Jaafar bin Muhamad daripada ayahnya RA beliau berkata: Aisyah RA telah ditanya: “Apakah alas tilam Rasulullah SAW di rumahmu?.” Beliau berkata: “Ia diperbuat daripada kulit binatang dan isinya daripada sabut” Hafsah ditanya: “Apakah alas tilam Rasulullah SAW di rumahmu?” Beliau berkata: “Hamparan yang kami lipat dua lalu Baginda tidur di atasnya. Apabila sampai pada waktu malam aku berkata: Jika aku melipat hamparan ini menjadi empat nescaya ia lebih selesa bagi Baginda. Lalu aku melipat empat hamparan itu. Tatkala Baginda bangun pagi, Baginda bertanya: “Apa yang kamu alaskan bagiku pada malam semalam?”. Beliau berkata: Kami berkata: Ia adalah alasmu melainkan aku telah melipatnya empat kali. Kami berkata: Ia lebih selesa bagimu. Baginda menjawab: “Kembalikan kepada keadaannya yang asal, keselesaannya telah menyebabkan aku terhalang daripada solat malam.”
[Riwayat Sunan al-Tirmiẓi dalam al-Syamail. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4877]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs