Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رُدُّوهُ لِحالَتِه الأُولَى، فإنَّهُ مَنَعَتْنِي وطَاءَتُهُ صَلاتيَ الليلةَ.
Teks Bahasa Melayu
Kembalikan kepada keadaannya yang asal, keselesaannya telah menyebabkan aku terhalang daripada solat malam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 621, hadis no. 3229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Jaafar bin Muhamad daripada ayahnya RA beliau berkata: Aisyah RA telah ditanya: "Apakah alas tilam Rasulullah SAW di rumahmu?." Beliau berkata: "Ia diperbuat daripada kulit binatang dan isinya daripada sabut" Hafsah ditanya: "Apakah alas tilam Rasulullah SAW di rumahmu?" Beliau berkata: "Hamparan yang kami lipat dua lalu Baginda tidur di atasnya. Apabila sampai pada waktu malam aku berkata: Jika aku melipat hamparan ini menjadi empat nescaya ia lebih selesa bagi Baginda. Lalu aku melipat empat hamparan itu. Tatkala Baginda bangun pagi, Baginda bertanya: "Apa yang kamu alaskan bagiku pada malam semalam?". Beliau berkata: Kami berkata: Ia adalah alasmu melainkan aku telah melipatnya empat kali. Kami berkata: Ia lebih selesa bagimu. Baginda menjawab: "Kembalikan kepada keadaannya yang asal, keselesaannya telah menyebabkan aku terhalang daripada solat malam.” [Riwayat Sunan al-Tirmiẓi dalam al-Syamail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4877]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman