Keadaan orang-orang yang adil pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن المقسطين على منابر من لؤلؤ يوم القيامة بين يدي الرحمن، بما أقسطوا في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang yang adil akan berada di menara-menara dari mutiara pada hari kiamat di hadapan al-Rahman, sebagai balasan kerana mereka melakukan keadilan di dunia.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 849 – 850, hadis nombor 4355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن عبد الله بن عمرو بن العاص-رضي الله عنه-: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن المقسطين على منابر من لؤلؤ يوم القيامة بين يدي الرحمن، بما أقسطوا في الدنيا)). [ش، حم، ((الضعيفة)) (6344)].

(Syaz)
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang adil akan berada di menara-menara dari mutiara pada hari kiamat di hadapan al-Rahman, sebagai balasan kerana mereka melakukan keadilan di dunia.”
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf, dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6344].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs