Shaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المُقسطين على منابرَ من لؤلؤٍ يومَ القيامةِ بين يديِ الرحمنِ؛ بما أقسطوا في الدنيا.
Teks Bahasa Melayu
Orang-orang yang adil akan berada di menara-menara dari mutiara pada hari kiamat di hadapan al-Rahman, sebagai balasan kerana mereka melakukan keadilan di dunia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 849 - 850, hadis no. 4355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن عبد الله بن عمرو بن العاص-رضي الله عنه-: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن المقسطين على منابر من لؤلؤ يوم القيامة بين يدي الرحمن، بما أقسطوا في الدنيا)). [ش، حم، ((الضعيفة)) (6344)].
(Shaz) Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang adil akan berada di menara-menara dari mutiara pada hari kiamat di hadapan al-Rahman, sebagai balasan kerana mereka melakukan keadilan di dunia.” [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf, dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6344].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman