Keadaan al-Quran, Islam, Masjid dan para fuqaha sebelum hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي على الناس زمان لا يبقي من القرآن إلا رسمه، ولا من الإسلام إلا اسمه، يقسمون به وهم أبعد الناس منه، مساجدهم عامرة، خراب من الهدى، فقهاء ذلك الزمان شر فقهاء تحت ظل السماء، منهم خرجت الفتنة، وإليهم تعود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada manusia satu zaman yang tidak tinggal lagi (tidak kekal) daripada al-Qur’an melainkan tulisannya sahaja, dan tidak kekal daripada Islam melainkan namanya, mereka bersumpah dengannya sedangkan mereka adalah orang yang paling jauh daripada Islam, masjid-masjid mereka membangun, namun jauh daripada petunjuk. Para ahli fiqh pada zaman tersebut adalah seburuk-buruk ahli fiqh yang ada di bawah naungan langit, daripada merekalah keluarnya fitnah dan fitnah itu kembali kepada mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis nombor 6718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: سيأتي على الناس زمان لا يبقي من القرآن إلا رسمه، ولا من الإسلام إلا اسمه، يقسمون به وهم أبعد الناس منه، مساجدهم عامرة، خراب من الهدى، فقهاء ذلك الزمان شر فقهاء تحت ظل السماء، منهم خرجت الفتنة، وإليهم تعود.
[فر، ((الضعيفة)) (١٩٣٦)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang kepada manusia satu zaman yang tidak tinggal lagi (tidak kekal) daripada al-Qur’an melainkan tulisannya sahaja, dan tidak kekal daripada Islam melainkan namanya, mereka bersumpah dengannya sedangkan mereka adalah orang yang paling jauh daripada Islam, masjid-masjid mereka membangun, namun jauh daripada petunjuk. Para ahli fiqh pada zaman tersebut adalah seburuk-buruk ahli fiqh yang ada di bawah naungan langit, daripada merekalah keluarnya fitnah dan fitnah itu kembali kepada mereka.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1936].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs