Keadaan 10 kumpulan ketika di Padang Mahsyar

TEKS BAHASA ARAB

يا معاذ! سألت عن أمر عظيم. ثم أرسل عينيه ثم قال: عشرة أصناف قد ميزهم الله من جماعة المسلمين، وبدل صورهم؛ فبعضهم على صورة القردة، وبعضهم على صورة الخنازير، وبعضهم منكبين؛ أرجلهم فوق، ووجوهم أسفل، يسحبون عليها، وبعضهم عمي يترددون، وبعضهم صم بكم لا يعقلون، وبعضهم يمضغون ألسنتهم، وهي مدلاة على صدورهم، يسيل القيح من أفواههم لعابا؛ يقذرهم أهل الجمع، وبعضهم مقطعة أيديهم وأرجلهم، وبعضهم مصلوبون على جذوع من نار، وبعضهم أشد نتنا من الجيف، وبعضهم يلبسون جبابا سابغات من قطران لازقة بجلودهم، فأما الذين على صورة القردة فالقتات من الناس … (الحديث، إلى أن قال:) والذين يلبسون الجباب فأهل الكبر والخيلاء والفخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Mu’az! Kamu telah bertanya tentang sesuatu yang besar. Kemudian Baginda meleretkan kedua mata Baginda, kemudian Baginda bersabda: 10 perkara yang Allah lebihkan terhadap kumpulan orang-orang Islam dan mengubah rupa mereka, sebahagian mereka dalam rupa kera, sebahagian mereka dalam rupa babi (khinzir), sebahagian mereka berjalan tersembam; kaki mereka di atas sementara muka mereka di bahagian paling bawah, mereka diseret atas muka mereka, sebahagian mereka adalah buta, mereka mundar mandir, sebahagian mereka pekak dan bisu, mereka tidak berakal, sebahagian mereka mengunyah (menggigit) lidah mereka sendiri yang berjuntai (terjulur) sehingga ke paras dada mereka, nanah mengalir daripada mulut mereka seperti air liur, semua yang ada akan jijik terhadap mereka. Sebahagian mereka ada yang terputus tangan dan kaki mereka, sebahagian mereka disalib (dipalangkan) pada tunggul yang diperbuat daripada api neraka. Sebahagian mereka lebih busuk berbanding bangkai, sebahagian mereka memakai jubah besar yang melekat pada kulit-kulit mereka. Adapun orang-orang yang dalam rupa kera adalah manusia yang suka mengadu domba…hinggalah Baginda bersabda: Dan orang yang memakai jubah tersebut adalah orang yang sombong, angkuh dan berbangga diri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1380 – 1381, hadis nombor 7025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن البراء بن عازب رضي الله عنه: أن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: يا رسول الله! ما قول الله: {يوم ينفخ في الصور فتأتون أفواجا}؟ فقال: يا معاذ! سألت عن أمر عظيم. ثم أرسل عينيه ثم قال: عشرة أصناف قد ميزهم الله من جماعة المسلمين، وبدل صورهم؛ فبعضهم على صورة القردة، وبعضهم على صورة الخنازير، وبعضهم منكبين؛ أرجلهم فوق، ووجوهم أسفل، يسحبون عليها، وبعضهم عمي يترددون، وبعضهم صم بكم لا يعقلون، وبعضهم يمضغون ألسنتهم، وهي مدلاة على صدورهم، يسيل القيح من أفواههم لعابا؛ يقذرهم أهل الجمع، وبعضهم مقطعة أيديهم وأرجلهم، وبعضهم مصلوبون على جذوع من نار، وبعضهم أشد نتنا من الجيف، وبعضهم يلبسون جبابا سابغات من قطران لازقة بجلودهم، فأما الذين على صورة القردة فالقتات من الناس … (الحديث، إلى أن قال:) والذين يلبسون الجباب فأهل الكبر والخيلاء والفخر.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6444)]

(Palsu)
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA bahawa Mu’az Ibn Jabal RA berkata: Wahai Rasulullah! Apakah maksud firman Allah Ta’ala: {Iaitu pada hari ketika sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong-bondong} [Surah al-Naba’ ayat 18], Baginda pun bersabda: Wahai Mu’az! Kamu telah bertanya tentang sesuatu yang besar. Kemudian Baginda meleretkan kedua mata Baginda, kemudian Baginda bersabda: 10 perkara yang Allah lebihkan terhadap kumpulan orang-orang Islam dan mengubah rupa mereka, sebahagian mereka dalam rupa kera, sebahagian mereka dalam rupa babi (khinzir), sebahagian mereka berjalan tersembam; kaki mereka di atas sementara muka mereka di bahagian paling bawah, mereka diseret atas muka mereka, sebahagian mereka adalah buta, mereka mundar mandir, sebahagian mereka pekak dan bisu, mereka tidak berakal, sebahagian mereka mengunyah (menggigit) lidah mereka sendiri yang berjuntai (terjulur) sehingga ke paras dada mereka, nanah mengalir daripada mulut mereka seperti air liur, semua yang ada akan jijik terhadap mereka. Sebahagian mereka ada yang terputus tangan dan kaki mereka, sebahagian mereka disalib (dipalangkan) pada tunggul yang diperbuat daripada api neraka. Sebahagian mereka lebih busuk berbanding bangkai, sebahagian mereka memakai jubah besar yang melekat pada kulit-kulit mereka. Adapun orang-orang yang dalam rupa kera adalah manusia yang suka mengadu domba…hinggalah Baginda bersabda: Dan orang yang memakai jubah tersebut adalah orang yang sombong, angkuh dan berbangga diri.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6444]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs