Kawasan pertama yang diletakkan di atas muka bumi adalah kawasan Baitullah

TEKS BAHASA ARAB

أول بقعة وضعت في الأرض موضع البيت، ثم مدت منها الأرض وإن أول جبل وضعه الله على وجه الأرض أبو قبيس، ثم مدت منه الجبال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kawasan pertama yang diletakkan di atas muka bumi adalah kawasan Baitullah, kemudian bumi menjadi luas daripada tempat tersebut. Bukit pertama yang diletakkan oleh Allah di atas muka bumi adalah bukit Abu Qubais kemudian bukit-bukit lain terbentuk daripada bukit Abu Qubays.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1906 hadis nombor 9576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أول بقعة وضعت في الأرض موضع البيت، ثم مدت منها الأرض، وأن أول جبل وضعه الله على وجه الأرض أبو قبيس، ثم مدت منه الجبال.
[فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5881)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kawasan pertama yang diletakkan di atas muka bumi adalah kawasan Baitullah, kemudian bumi menjadi luas daripada tempat tersebut. Bukit pertama yang diletakkan oleh Allah di atas muka bumi adalah bukit Abu Qubais kemudian bukit-bukit lain terbentuk daripada bukit Abu Qubays.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5881]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs