Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوَّلُ بُقعة وُضِعَت في الأرضِ مَوضعُ البيتِ، ثمَّ مُدَّت منها الأرضُ وإنَّ أوَّلَ جبلٍ وَضعَهُ اللَّه على وجهِ الأرضِ أبو قُبَيسٍ، ثمَّ مُدَّت منهُ الجبالُ.
Teks Bahasa Melayu
Kawasan pertama yang diletakkan di atas muka bumi adalah kawasan Baitullah, kemudian bumi menjadi luas daripada tempat tersebut. Bukit pertama yang diletakkan oleh Allah di atas muka bumi adalah bukit Abu Qubais kemudian bukit-bukit lain terbentuk daripada bukit Abu Qubays.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1906, hadis no. 9576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: أول بقعة وضعت في الأرض موضع البيت، ثم مدت منها الأرض، وأن أول جبل وضعه الله على وجه الأرض أبو قبيس، ثم مدت منه الجبال. [فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5881)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kawasan pertama yang diletakkan di atas muka bumi adalah kawasan Baitullah, kemudian bumi menjadi luas daripada tempat tersebut. Bukit pertama yang diletakkan oleh Allah di atas muka bumi adalah bukit Abu Qubais kemudian bukit-bukit lain terbentuk daripada bukit Abu Qubays. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5881]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman