Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قريشٌ خالِصَةُ اللهِ، فمَنْ نصبَ لها حربًا، أوْ فمن حاربَها سُلِبَ، ومَنْ أرادَها بسوءٍ خُزِيَ في الدنيا و الآخرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kaum Quraisy mempunyai kedudukan khas di sisi Allah. Sesiapa yang mengisytiharkan perang ke atasnya atau memerangi mereka, maka akan dikalahkan. Sesiapa yang berkehendak buruk ke atasnya, akan dihina di dunia dan akhirat.
Sahabat Perawi
- Amru bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1788, hadis no. 9002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمرو بن العاص - رضي الله عنها- مرفوعاً: «قريش خالصة الله، فمن نصب لها حرباً، أو فمن حاربها سلب، ومن أرادها بسوء خزي في الدنيا والآخرة». [ابن عساكر، «الضعيفة» (784)].
(Palsu) Daripada ‘Amru bin al-‘As RA, Nabi SAW bersabda: Kaum Quraisy mempunyai kedudukan khas di sisi Allah. Sesiapa yang mengisytiharkan perang ke atasnya, atau yang memerangi mereka, akan dikalahkan. Sesiapa yang berkehendak buruk ke atasnya, akan dihina di dunia dan akhirat. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no 784]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman