Tiada Asal Baginya Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأقرَبون أَولى بالمعروفِ.
Teks Bahasa Melayu
Kaum kerabat adalah golongan yang paling utama untuk (kita) berbuat baik.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 13, hadis no. 3. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بهذا اللفظ) ((الأقربون أولى بالمعروف)). [((الضعيفة)) (376)]
(Tiada Asal Baginya Dengan Lafaz Ini): Kaum kerabat adalah golongan yang paling utama untuk (kita) berbuat baik. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.376]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman