Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قل : اللهمَّ إني أسألُك نفسًا بكَ مطمئنةً، تؤمنُ بلقائِكَ، وترضى بقضائِكَ، وتقنعُ بعطائِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Katakanlah: Wahai Allah! Aku memohon jiwa yang berasa tenang dengan-Mu, beriman dengan hari bertemu dengan-Mu, reda dengan ketentuan-Mu dan rasa cukup dengan pemberian-Mu.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 479, hadis no. 2576.
(ضعيف) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((قل: اللهم إني أسألك نفسا بك مطمئنة، تؤمن بلقائك، وترضى بقضائك، وتقنع بعطائك)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4060)]
(Lemah) Daripada Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Katakanlah: Wahai Allah! Aku memohon jiwa yang berasa tenang dengan-Mu, beriman dengan hari bertemu dengan-Mu, reda dengan ketentuan-Mu dan rasa cukup dengan pemberian-Mu.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4060]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman