Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Katakanlah: Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Suci

Teks Bahasa Arab

قُلْ: سُبْحَانَ الملكِ القُدُّوسِ، ربِّ الملائكةِ والرُّوحِ، جلَّلْتَ السماواتِ والأرضَ بالعزَّةِ والجَبَروتِ.

Teks Bahasa Melayu

Katakanlah: Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Suci, Yang Menguasai para malaikat dan Ruh (Jibril), telah Engkau liputi langit dan bumi dengan Kemuliaan dan Kegagahan.

Sahabat Perawi

  1. al-Bara’ bin Azib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1556, hadis no. 7887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه-، قال: أن رجلاً اشتكى إلى رسول صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الوحشة، فقال: ((قُلْ: سُبْحَانَ الملكِ القُدُّوسِ، ربِّ الملائكةِ والرُّوحِ، جلَّلْتَ السماواتِ والأرضَ بالعزَّةِ والجَبَروتِ)) [عق، طب، ابن السني، ((الضعيفة)) (6004)]

(Munkar) Daripada al-Bara’ bin Azib RA beliau berkata: Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW akan kegelisahannya. Maka Baginda berkata: Katakanlah: Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Suci, Yang Menguasai para malaikat dan Ruh (Jibril), telah Engkau liputi langit dan bumi dengan Kemuliaan dan Kegagahan. [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6004]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.