TEKS BAHASA ARAB
قولي لها تتكلم، فإنه لا حج لمن لم يتكلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Katakanlah kepadanya supaya bercakap, kerana tiada haji bagi yang tidak bercakap.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis nombor 3733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زينب بنت جابر الأحمسية – رضي الله عنها -: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال لها في امرأة حجت معها مصمتة: ((قولي لها تتكلم، فإنه لا حج لمن لم يتكلم)). [ابن حزم، ((الضعيفة)) (1043)]
(Lemah)
Daripada Zainab binti Jabir al-Ahmasiyyah RA bahawa Rasulullah berkata kepada wanita yang melakukan haji bersamanya tetapi diam: Katakanlah kepadanya supaya bercakap, kerana tiada haji bagi yang tidak bercakap.
[Riwayat Ibn Hazm. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1043]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.