Daif

30/06/2024

minit bacaan



Katakanlah kepadanya supaya bercakap, kerana tiada haji bagi yang tidak bercakap

Teks Bahasa Arab

قولي لَها تتَكَلَّمُ ، فإنَّهُ لا حَجَّ لمن لَم يتَكَلَّمْ.

Teks Bahasa Melayu

Katakanlah kepadanya supaya bercakap, kerana tiada haji bagi yang tidak bercakap.

Sahabat Perawi

  1. Zainab binti Jabir al-Ahmasiyyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis no. 3733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زينب بنت جابر الأحمسية - رضي الله عنها -: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال لها في امرأة حجت معها مصمتة: ‌((قولي ‌لها تتكلم، فإنه لا حج لمن لم يتكلم)). [ابن حزم، ((الضعيفة)) (1043)]

(Daif) Daripada Zainab binti Jabir al-Ahmasiyyah RA bahawa Rasulullah berkata kepada wanita yang melakukan haji bersamanya tetapi diam: Katakanlah kepadanya supaya bercakap, kerana tiada haji bagi yang tidak bercakap. [Riwayat Ibn Hazm. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1043]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.