TEKS BAHASA ARAB
قل ما بدا لك فإنما الحرب خدعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Katakanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya peperangan itu adalah tipu daya
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 999, hadis nombor 5148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: بعث النبي ﷺ رجلاً من أصحابه إلى رجل من اليهود ليقتله فقال رسول الله ﷺ: ما بدا لك فإنما الحرب خدعة. [طب، الضعيفة (4078)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Nabi SAW mengutuskan seorang lelaki daripada kalangan sahabatnya kepada seorang lelaki daripada Yahudi untuk membunuhnya. Kemudian Rasulullah bersabda: Katakanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya peperangan itu adalah tipu daya [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4078].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.