Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قل ما بدا لك فإنما الحرب خدعة.
Teks Bahasa Melayu
Katakanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya peperangan itu adalah tipu daya
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 999, hadis no. 5148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: بعث النبي ﷺ رجلاً من أصحابه إلى رجل من اليهود ليقتله فقال رسول الله ﷺ: ما بدا لك فإنما الحرب خدعة. [طب، الضعيفة (4078)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Nabi SAW mengutuskan seorang lelaki daripada kalangan sahabatnya kepada seorang lelaki daripada Yahudi untuk membunuhnya. Kemudian Rasulullah bersabda: Katakanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya peperangan itu adalah tipu daya [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4078].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman