Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَوْلِ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، لما قيل له: عَرَفْتَ اللَّهَ بِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، أَوْ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا بِاللَّهِ تَعَالَى؟ قَالَ: مَا احْتَجْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ، وَلَكِنَّ اللَّهَ عَرَّفَنِي بِنَفْسِهِ، بِلا كَيْفٍ كَمَا شَاءَ، وَبَعَثَ مُحَمَّدًا رَسُولا، ليبلغ القرآن والإيمان _ إلخ.
Teks Bahasa Melayu
Kata-kata Ali: Tatkala ditanyakan kepadanya: Engkau mengenali Allah melalui Nabi Muhammad sallallahi alaihi wasallam, atau engkau mengenali Muhammad dengan Allah SWT? Dia berkata: Aku tidak memerlukan Rasulullah, tetapi Allah telah memperkenalkan diriNya kepadaku dengan cara yang Dia mahu, dan mengutuskan Muhammad sebagai rasul, untuk menyampaikan al-Quran dan iman...hingga akhir hadith.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 455, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الجوزقاني في الواهيات. قال ابن الجوزي: هذا حديث موضوع على علي رضي الله عنه، لأنه أجل من أن يقول: هذا، والمتهم به محمد بن سعيد الهروي.
Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani dalam hadith-hadith palsu.Ibn al-Jauzi berkata: Hadith ini palsu ke atas Ali RA kerana beliau lebih mulia untuk berkata-kata seperti ini. Perawi yang dituduh berdusta adalah Muhammad bin Said al-Harawi.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman