Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: ارحمُوا من الناسِ ثلاثةً: عزيزَ قومٍ ذَلَّ، وغنيَّ قومٍ افتقرَ، وعالمًا بين الجُهَّالِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Kasihanilah tiga kelompok manusia iaitu orang mulia yang jatuh hina, orang kaya yang jatuh melarat, dan orang alim dalam kalangan orang-orang jahil.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 39, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع.
Palsu.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman