Kasihanilah tiga jenis orang: orang yang mulia dalam satu kaum,orang kaya dan orang alim

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ارحموا ثلاثة: عزيز قوم ذل، وغني قوم افتقر، وعالما يتلاعب به الصبيان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kasihanilah tiga jenis orang: orang yang mulia dalam satu kaum yang hina.Orang kaya dalam satu kaum yang fakir dan orang alim yang mana kanak-kanak bermain dengannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 278, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعًا. والخطيب عن أنس مرفوعًا. وقال: يتلاعب به الجهال، مكان الصبيان. ورواه ابن حبان من حديثه، وقال: وعالم بين جهال. ورواه الديلمي، وهو موضوع: في إسانيده كذابون ومجهولون.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ dengan lafaz al-Jahhal(orang yang jahil) berbanding lafaz as-Sibyan (kanak-kanak).Ibn Hibban meriwayatkan dengan lafaz : orang alim yang berada di antara orang yang jahil. Al-Dailami juga meriwayatkan hadith ini dan ianya palsu: pada sanad hadith ini ada ramai perawi pendusta dan yang tidak dikenali.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs