Kasihanilah orang yang

TEKS BAHASA ARAB

 ارْحَمُوا عَزِيزَ قَوْمٍ ذَلَّ وَغَنِيَّ قَوْمٍ افْتَقَرَ وَعَالِمًا يَتَلاعَبُ بِهِ الصِّبْيَانُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kasihanilah orang yang dihormati daripada kaum yang hina, orang kaya daripada kaum yang fakir dan orang yang alim yang dipermainkan kanak-kanak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah lafaznya sangat lemah dan menggelikan. Ia menggelikan orang yang mendengarnya serta maknanya menggelikan orang-orang yang bijak.
Antara hadisnya: …

ارْحَمُوا عَزِيزَ قَوْمٍ ذَلَّ وَغَنِيَّ قَوْمٍ افْتَقَرَ وَعَالِمًا يَتَلاعَبُ بِهِ الصِّبْيَانُ
“Kasihanilah orang yang dihormati daripada kaum yang hina, orang kaya daripada kaum yang fakir dan orang yang alim yang dipermainkan kanak-kanak.”
——————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh ad-Daruqutni, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin (2/118), al-Khattib al-Baghdadi dalam al-Fiqhwal Muttafiqqih (ms 153), Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu’at (1/386-387) dan al-Maqasid al-Hasanah (ms.101). Begitu juga turut direkodkan oleh al-‘Askari di dalam al-Amthal, as-Sulaimani di dalam adh-Dhu’afa, al-Qadha-‘I seperti di dalam al-Maqasid al-Hasanah (ms.101) yang direkodkan al-Hakim. Ibnu Jauzi meletakkan bab ini di dalam kitabnya al-Maudhu’at daripada kata-kata Fudhail bin ‘Iyad.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon